Tuesday 20 May 2014

POSTER JUMBO SALE


Ini one of the poster yang saya design tuk Jumbo Sale Kelab Sutera tempat keje saya. Masih bertatih lagi. Moga diberikan idea lebih bernas selepas ini. Ameen.. ;)

MEROTI


Assalamualaikum..buruks kan roti saya hehe..ni kali ke berapa meroti..tapi still tak gebu juga rotinya..hmmm..kena usaha dengan lebih gigih ni.  Seronok meroti ni, tapi nak ulinya...mak aiiii...bercinta u alls. Kalau jadi berbaloi la kan..tapi kalo tak jadi macam nak baling kat hanjing je rasanya. Anjing lak jadi mangsa hahaha! takpe..kalau baling kat anjing..konpem la anjing tu makan kan hehe..

Kat bawah ni resepi yang saya ambil dari Anie Japri FB. Semoga dihalalkan ilmunya yer...tq..

Roti Lembut Gebu
Sumber :  Anie Japri FB

Bahan :
 500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)



CARA:

MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT..
MASA MEMBAKAR IKUT KEADAAN SUHU OVEN MASING2


Selamat meroti! ;)

SHAKLEE

Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee.


Dengan izin Allah, insyaAllah kita akan bertambah sihat dengan Shaklee. Yang penting usaha dan tawakal and jangan lupa selawat masa makan tu ye. Saya dah cuba dan serasi dengan shaklee...anda bila lagi? 


Sunday 29 September 2013

TIPS BARBEKU

Assalamualaikum...harini terasa nak post tentang barbeku pulak. Saya memang suke angat barbeku ni, tak kirala daging or seafood.  Aduhaiiii..baru intro je dah kecur air liur ni haaa acaner?? Seronok kan bila gather dengan family pastu kita buat barbeku..huhu..rindu those moments. Bila nak buat lagi ek..one fine day yer familyku sayang.. Ok, kat sini saya nak share tips yang saya ambil dari www.trymasak.my. Sape-sape yang first time nak berbabeku tu bolehlah try yer.



TIPS BARBEKU:


• Lebih kurang 30 minit sebelum membakar, sediakan api arang supaya arang dapat mencapai suhu sederhana. Pada suhu sederhana, arang akan diselaputi abu.

• Jangan letak daging di atas api terbuka. Api terbuka akan memberikan pembakaran tidak lengkap, di mana daging akan bertukar warna dan meninggalkan kesan karbon hitam. Sebenarnya, api terbuka mempunyai suhu lebih rendah berbanding arang yang membara tanpa api.

• Apabila membakar, gunakan penyepit untuk membalik-balik daging. Jangan gunakan garpu. Garpu akan meninggalkan lubang pada daging, dan lubang tersebut akan mengeluarkan jus perasa aslinya dan membuatkan daging menjadi liat.

• Sos tomato dan mana-mana sos BBQ berasaskan gula harus ditambah pada peringkat akhir membakar. Sos-sos tersebut mudah hangus. Apabila ditambah ke atas daging, selalu balik-balikkan untuk mengelakkan daging hangus.

Selamat mencuba!

DIY






http://impiana.karangkraf.com/diy/dinding-hambar-kembali-berseri-1.169790#main-section

Kreatif kan..jom try! DIY from majalah Impiana.




Tuesday 24 September 2013

FIRST DAY BLOGGING



Testing...my first day blogging hehe..happy blogging honey dew! This is not me (of coz la..takkan kucing pandai berblog plak, gila! hahah).  This is my cat which had gone a long long time ago...Oska miss u so much sob sob..(tetiba sedih plak)