TIPS BARBEKU:
• Lebih kurang 30 minit
sebelum membakar, sediakan api arang supaya arang dapat mencapai suhu
sederhana. Pada suhu sederhana, arang akan diselaputi abu.
• Jangan letak daging di atas api terbuka.
Api terbuka akan memberikan pembakaran tidak lengkap, di mana daging
akan bertukar warna dan meninggalkan kesan karbon hitam. Sebenarnya, api
terbuka mempunyai suhu lebih rendah berbanding arang yang membara tanpa
api.
• Apabila membakar, gunakan penyepit
untuk membalik-balik daging. Jangan gunakan garpu. Garpu akan
meninggalkan lubang pada daging, dan lubang tersebut akan mengeluarkan
jus perasa aslinya dan membuatkan daging menjadi liat.
• Sos tomato dan mana-mana sos
BBQ berasaskan gula harus ditambah pada peringkat akhir membakar.
Sos-sos tersebut mudah hangus. Apabila ditambah ke atas daging, selalu
balik-balikkan untuk mengelakkan daging hangus.
Selamat mencuba!